Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ekspatriat Warga Australia Ditemui Mati Tergantung

GANTUNGDIRI

KUALA LUMPUR– Seorang ekspatriat warganegara Australia ditemui mati tergantung dalam rumahnya di Jalan Mont Kiara 1, di sini, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, pengarah urusan sebuah syarikat pengeluar makanan berumur 40-an itu ditemui tergantung dalam bilik tidurnya oleh pembantu rumahnya pada pukul 6.45 petang Isnin.

“Kira-kira pukul 8 malam, polis tiba di alamat berkenaan dan menemui lelaki itu mati dengan kabel elektrik di lehernya di dalam sebuah bilik,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Katanya, polis juga menemukan sepucuk nota, dipercayai ditulis oleh lelaki terbabit kepada anak dan isterinya yang tinggal di Belanda.

“Nota itu bersifat peribadi dan polis tidak dapat mendedahkannya,” katanya.

Muhammad Azlee berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan telah dimaklumkan kapada Suruhanjaya Tinggi Australia.

Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Komen


Berita Berkaitan