Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Eksesis Paradise Meningkatkan Kesiagaan TUDM menjaga Ruang Udara Negara

Jeneral Ackbal ketika menyampaikan ucapan di  majlis tersebut
Jeneral Ackbal ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut

LABUAN: Objektif Eksesais Paradise yang berlangsung selama 12 hari bermula sejak 9 November yang lalu telah dapat dicapai melalui komitmen semua pihak, khususnya peserta eksesais.

Demikian ungkapan Panglima Operasi Udara Tentera Udara Malaysia (TUDM) Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad, ketika berucap pada majlis penutupan Ekasesais Paradise di Pangkalan Udara Labuan pagi tadi.

“Eksesais ini merupakan gabungan beberapa eksesais di dalam TUDM yang sebelum ini dilaksanakan secara berasingan sebagai platform untuk menguji keupayaan dan kesiagaan TUDM untuk mempertahankan ruang angkasa negara,”katanya.

Tambah beliau sebagai langkah untuk meningkatkan lagi keupayaan TUDM, pihak kerajaan telah memindahkan sebuah Skuadron pejuang ke pangkalan Labuan serta mewujudkan sebuah Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) di Tawau dan sebuah lagi akan diwujudkan di Sandakan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Eksesais ini termasuklah Latihan Tembakan Udara ke Bumi, Air to air refueling, force down produce, Heli operation dan Special operation troop insertion. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Demonstrasi yang dilakukan oleh Pihak TUDM jika berlaku pencerobohan di pesawat

Komen


Berita Berkaitan