Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Eksesais bersama TLDM, TLDM mantapkan operasi

tldm

KOTA KINABALU: Latihan Bersama di antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),yang dinamakan Eksesais ANGSA 9/2014 akan diadakan pada 1 hingga 15 September ini.
Eksesais kali ini merupakan yang ke sembilan dalam siri latihan bersama di antara TLDM dan TUDM dan turut dimantapkan dengan kehadiran elemen sokongan dari Tentera Darat Malaysia (TDM).
Eksesais tahunan yang dijalankan secara giliran di antara TLDM dan TUDM ini melibatkan 324 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan termasuk pegawai daripada Markas Angkatan Tentera Malaysia.
TLDM dalam kenyataan menjelaskan, eksesais itu bagi meningkatkan tahap kebolehoperasian bersama antara TLDM dan TUDM dalam melaksanakan operasi bersama khususnya dalam senario peperangan maritim dalam menjaga kepentingan negara.
“Tujuan eksesais ini didukung oleh empat objektif utama iaitu melaksanakan rancangan operasi bersama di mana peserta eksesais dari tiga cabang perkhidmatan serta sokongan dari markas ATM bersama-sama merancang pelaksanaan operasi berpandukan Malaysia Armed Forces Joint Publication.
“Melaksanakan Operasi Maritim Bersama di kawasan Laut China Selatan, sebagai platform untuk menilai tahap kesiagaan semasa TLDM dan TUDM dalam melaksanakan Operasi Maritim Bersama dan menilai keberkesanan sistem komunikasi, kawal perintah, perisikan dan proses pengenalan sasaran atau lebih dikenali dengan istilah C4ISRT,” jelas kenyataan itu.
Bagi menyokong langkah penjimatan, pelaksanaan eksesais kali ini menggabungkan Eksesais ANGSA, Operational Sea Training Exercise (OSTEX) dan Op TAMING SARI.
Pelaksanaan kali ini merupakan gabungan Latihan Staf atau Staffing Exercise (STAFFEX) dan Latihan Medan atau Field Training Excersice (FTX). ANGSA 9/2014 melibatkan sebanyak sembilan buah kapal, helikopter(6) 18 buah pesawat pelbagai jenis serta satu trup dari 361 Bateri Rejimen Artileri DiRaja dan dua platun 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja.
Kapal dan pesawat TLDM yang terlibat dalam Eksesais ANGSA 9/2014 ialah KD JEBAT, KD LEKIU, KD MAHAWANGSA, KD KASTURI, KD PAHANG, KD SELANGOR, KD KELANTAN, KD MAHAMIRU, KD LEDANG, dua helikopter FENNEC dan 2 helikopter SUPERLYNX.
Sementara TUDM menugaskan asetnya 1 X pesawat CN235,1 x NURI, 1 x EC 725, 6 jet pejuang HAWK 108/208, 5 jet pejuang SU 30 MKM, 2 pesawat pengangkut C130H dan sebuah pesawat Beachcraft B200T.
Eksesais ANGSA 9/2014 dan kehadiran aset ATM khususnya TLDM dan TUDM memperagakan kehadiran di perairan Laut China Selatan, bakal membuktikan keupayaan dan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara khususnya dalam senario peperangan maritim.

Komen


Berita Berkaitan