Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ekonomi Sabah terus kukuh walau berhadapan kegawatan ekonomi

6:30pm 23/08/2016 Leolerry Lajius 16 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: Ekonomi Sabah masih bertahan dan kurang terjejas daripada apa yang dijangkakan walaupun seluruh dunia merekodkan kelembapan ekonomi.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, kekayaan sumber semulajadi di negeri ini mendorong kepada potensi besar pertumbuhan dalam sektor pembuatan berasaskan produk hutan dan juga minyak sawit dan minyak mentah yang masih menunjukkan peningkatan permintaan dalam pasaran dunia.

“Walaupun harga minyak mentah merosot, jumlah eksport tetap meningkat sebanyak 45.3 peratus sehingga mencecah RM10.4 bilion dalam tempoh lapan bulan pertama pada tahun lalu  berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014.”

“Jumlah perdagangan luar negara bagi Sabah untuk tahun lepas adalah sebanyak RM71 bilion yang merangkumi eksport sebanyak RM40.8 bilion dan RM30.2 bilion dalam import,” katanya ketika menyampaikanj ucapan sempena majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), cawangan Sabah di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Musa turut menyatakan, lima pasaran eksport terbesar Sabah pada tahun tahun lalu adalah India (RM7.5 bilion), China (RM3.5 bilion), Australia (RM1.7 bilion), Singapura (RM1.71 bilion) dan Amerika Syarikat (RM1.67 bilion).

“Lima sumber utama import pada tahun yang sama ialah Singapura (RM2.78 bilion), China (RM2.53 bilion), Amerika Syarikat (RM1.36 bilion), Jerman (RM304 juta) dan Australia (RM278.5 juta),” katanya.

Tambah beliau, pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini dijangka menjadi sederhana iaitu kira-kira 3.5 hingga 4.5 peratus.

“Kerajaan negeri juga telah menjalankan program-program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi merangsang eksport produk buatan Sabah yang telah memberi manfaat kepada kira-kira 40 syarikat dengan jumlah eksport bernilai RM11.23 juta pada tahun lepas,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Masidi menerima cenderahati daripada Presiden MICCI Datuk Tan Cheng Kiat.

Masidi menerima cenderahati daripada Presiden MICCI Datuk Tan Cheng Kiat.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan