Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ekonomi Sabah kekal berdaya tahan

Musa Aman (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat SEDIA.
Musa Aman (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat SEDIA.

KOTA KINABALU – Kesemua projek dalam Koridor Pembangunan Sabah (SDC) berjalan lancar dengan angka pelaburan kumulatif ddari 2008 hingga Mac tahun ini berjumlah RM147.28 billion dan sebanyak RM51.6 billion.

Selain itu, angka pelaburan terkumpul termasuk pelaburan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) SDC pula berjumlah RM685.45 juta dengan RM80 juta diluluskan oleh Dana Mudah Cara untuk membiayai 28 projek.

Menjelaskan mengenai perkembangan terkini berhubung projek SDC, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pembayaran untuk projek SDC di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan 10 adalah kira-kira RM1.6 bilion atau 92 peratus daripada jumlah peruntukan yang diterima oleh dari kerajaan Pusat,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) Ke-18 di sini hari ini.

Musa memberitahu, Sedia akan melancarkan dua program baharu bagi membantu pembangunan usahawan bumiputera iaitu Program Inkubator untuk usahawan bumiputera baharu manakala Enterprise Accelerator Programme (EAP) untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera.

Jelas beliau lagi, program tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi seperti TERAJU, Yayasan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan lain-lain.

Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan bumiputera supaya mengambil peluang yang disediakan, tambahan pula program itu akan dibiayai menerusi peruntukan RM15 juta untuk rakyat Sabah dalam pengumuman Bajet 2015 oleh Perdana Menteri tahun lalu.

Dalam pada itu, Musa memberitahu ekonomi Sabah kekal berdaya tahan meskipun negara berdepan krisis global terutama penurunan harga minyak dunia serta kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Ia terbukti apabila kita memperoleh hasil pendapatan dalam sektor pelancongan berjumlah RM6.32 billion tahun lalu walaupun berdepan situasi mencabar ekoran insiden keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri memberitahu, sektor kargo kontena turut menunjukkan peningkatan daripada 292,688 TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada 2010 kepada 398,800 TEU tahun lalu yang merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah negeri ini. Sementara itu, kadar pengangguran turut menurun daripada 5.2 peratus pada 2013 kepada 4.6 peratus tahun lalu.

Disamping iut, keadaan ekonomi semasa juga membantu meningkatkan industri pelancongan negeri dengan  menawarkan nilai terbaik kepada pelancong dan meningkatkan daya saing eksport Malaysia. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan