Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ekin sah bergelar isteri kepada Yazer

yazer

KUALA LUMPUR: Pasangan kekasih yang mula dikaitkan bercinta sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri sebentar tadi.

Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.

Mereka menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu.

Bagaimanapun jodoh kuat antara pasangan kekasih ini. Ahad ini mereka akan diraikan di lokasi yang sama.

Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005.

“Alhamdulillah jodoh kami kuat. Harap ia berpanjangan hingga ke jannah,” katanya ringkas. – BH Online

 

Komen


Berita Berkaitan