Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,672

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ejen Perkapalan Ditangkap Kerana Dadah

11:30am 31/03/2016 Pak Roshan 379 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN : Seorang ejen perkapalan ditangkap kerana menyalahguna dan mengedar dadah di sebuah hotel di sini.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditangkap dalam serang hendap anggota Unit Antinarkotik Labuan semalam, yang menjumpai bersamanya syabu seberat 7.62 gram.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai dadah itu dalam 16 penyedut minuman dan dua paket plastik di dalam bilik hotel itu dan di dalam keretanya,” kata Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata suspek dikenakan tahanan reman selama 14 hari mulai hari ini untuk sisatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2), Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan