Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ejek Punca Insiden Buli Di Sekolah Agama Di Putatan

buli

KOTA KINABALU : Tindakan ejek dipercayai punca insiden seorang murid Sekolah Agama Negeri (SAN) Putatan dekat sini membelasah rakannya yang rakaman kejadian tersebut diviralkan di laman media sosial baru-baru ini.

Ketika dihubungi hari ini, Pegawai Tadbir Agama Pejabat Hal Ehwal Agama Putatan Zulfauzy Awang Besar berkata siasatan hanya dapat dijalankan selepas dua murid terbabit, yang masing-masing berumur 12 tahun, selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Pihak kami juga akan menemu bual saksi kejadian itu, termasuk murid yang merakam insiden tersebut,” katanya, sambil menambah kejadian berlaku pada 30 Ogos lepas ketika waktu rehat sekolah tersebut.

Klip video berdurasi 28 saat itu, yang dirakam menerusi telefon bimbit, menunjukkan aksi seorang murid lelaki lengkap berseragam sekolah agama membelasah mangsa di dalam sebuah bilik darjah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang DSP Rosley Hobden mengesahkan tindakan ejek dipercayai punca kejadian, tetapi siasatan akan dijalankan selepas selesai peperiksaan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan