Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

EgyptAir dilapor terhempas di Laut Mediterranean

4:17pm 19/05/2016 Pak Roshan 1738 views Global

egyptair

KAHERAH – MESIR. Pesawat EgyptAir yang hilang dari radar dilapor terhempas di Laut Mediterranean awal pagi Khamis, pegawai penerbangan Mesir dipetik sebagai berkata kepada AP.

Penerbangan 804, dilaporkan hilang pada 2.45 waktu tempatan ketika terbang pada ketingguan 37,999 kaki

Airbus 320 hilang 16 km selepas memasuki ruang udara Mesir, kira-kira 280km di luar pantai utara bandar pelabuhan Alexandria, Mediterranean.

Pegawai penerbangan berkata, pesawat terhempas dan carian serpihan kini sedang dijalankan.‎

“Kemungkinan pesawat terhempas adalah disahkan dan pesawat tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang berhampiran,” kata pegawai yang enggan namanya didedahkan.

Pegawai berkata, isyarat yang diterima dari pesawat dua jam selepas ia hilang dari radar dipercayi adalah isyarat kecemasan.

Pesawat dan kapal tentera Mesir mengambil bahagian dalam operasi mencari di luar pantai Mediterranean bagi mengesan pesawat.

Pesawat membawa 56 penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan dua bayi serta 10 anak kapal dan juruterbang mempunyai rekod penerbangan 6,000 jam.

Dalam pada itu, EgyptAir berkata mereka yang berada di atas kapal termasuk 5 penumpang Perancis, 30 Mesir, seorang warga Britain, dua rakyat Iraq, seorang warga Kuwait, Arab Saudi, Sudan, Afrika, Portugis, Belgium, Algeria dan Kanada.

Akhbar Al-Ahram memetik seorang pegawai lapangan terbang sebagai berkata, juruterbang tidak menghantar panggilan kecemasan, dan sentuhan terakhir dengan pesawat itu dibuat 10 minit sebelum ia hilang dari radar.

Sementara itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di Paris, Presiden Perancis Francois Hollande bercakap dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah el-Sissi di telefon dan bersetuju untuk bekerjasama rapat berhubung insiden ini. – Sinar Harian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan