Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Edward Yong dan pemimpin masyarakat kunjung peniaga

yong1

SAMPAIKAN KAD….Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir.Edward Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Aru telah mengunjungi premis-premis perniagaan di Pekan Putatan untuk menyampaikan kad Tahun Baru Cina kepada para peniaga dan orang ramai.

Beliau diiringi oleh isterinya, Datin Marry Yong, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Putatan (Putatan Chinese Chamber of Commerce and Industry) (PCCCI), Datuk Frankie Liew, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Petagas, Encik Ali Hussin Sharin yang mewaklili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, PPM Tanjong Aru, Encik Henry Chu, Kapitan Ng Cheng Ting, Kapitan David Lo yang juga Timbalan Pengerusi PCCCI dan pemimpin masyarakat setempat.

Kelihatan Edward (empat dari kanan) bersama isterinya Marry (tiga dari kanan) menyampaikan kad ucapan Tahun Baru Cina daripada beliau dan Yahya kepada peniaga di pekan Putatan sambil diperhatikan oleh Frankie (tiga dari kiri),Henry Chu (empat dari kiri),  Ali Hussin (lima dari kiri) Kapitan David Lo (dua dari kiri ).- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan