Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Edward: Pembinaan Terminal Bas Bersepadu Selatan Kepayan dijangka bermula hujung tahun ini

12:31pm 20/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 41 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan
Edward Yong Oui Fah. - foto Ille Tugimin

Edward Yong Oui Fah

KOTA KINABALU- Pembinaan Terminal Bas Bersepadu Selatan Kepayan dijangka bermula pada penghujung tahun ini, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Edward Yong Oui Fah.

Menurut Edward, pembinaan terminal bas tersebut akan dilaksanakan bersama-sama dengan perlaksanaan ‘Bus Rapid Transit’ Kota Kinabalu (BRT KK) oleh Prasarana.

“Berdasarkan Jadual pelaksanaan oleh Prasarana, cadangan perlaksanaan BRT KK dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini dan awal tahun 2017 sebaik sahaja kajian teknikal. Reka bentuk dan konsultansi dengan stakeholders dilaksanakan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Wong Hong Jun berkenaan perkembangan rancangan terminal bas Kepayan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Di samping itu, beliau yang juga merupakan ADUN Tanjung Aru menafikan dakwaan menyatakan bahawa rancangan terminal bas Kepayan tersebut diberhentikan secara senyap.

“Lokasi pembinaan Teminal Bas Bersepadu Selatan Kepayan masih kekal di kawasan yang telah dikenal pasti sebelum ini iaitu di kawasan tanah berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)… seperti mana yang dicadangkan sebelum ini berdasarkan perancangan dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandaraya Kota Kinabalu,”katanya.

Katanya, cadangan pembinaan Terminal Bas Bersepadu Selatan Kepayan merupakan komponen penting dalam pembangunan sistem pengangkutan awam Bandaraya Kota Kinabalu.

Selain itu, beliau berkata bahawa fasa pertama pembinaan BRT KK telah selesai manakala fasa kedua projek tersebut bakal dilaksanakan dengan menghubungkan Putatan ke Alam Mesra, 1 Borneo. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan