Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,672

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Edar Syabu Dalam Kotak Minuman, Tiga Ditahan

9:02pm 29/08/2016 Pak Roshan 613 views Jenayah,Mutakhir

syabu1

KOTA KINABALU : Dua lelaki dan seorang wanita ditahan di sekitar Likas Square di sini Sabtu lepas kerana dipercayai cuba mengedar syabu di dalam kotak minuman.

Mereka ditahan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu kira-kira 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata kotak minuman itu ditemukan pada wanita berkenaan yang di dalamnya terdapat satu beg plastik yang mengandungi enam paket plastik berisi syabu, katanya.

Dadah berkenaan dianggarkan seberat 304.44 gram dan bernilai RM39,000.

Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Toyota Vios, Perodua Myvi, seutas jam tangan dan dua bentuk cincin emas.

Mereka kini direman sehingga 3 Sept dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

— BERNAMA

syabu

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan