Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

EDAR SYABU – BURUH KEKAL KE TALI GANTUNG

pic-25

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan menolak permohonan seorang buruh berumur 42 tahun yang dijatuhi hukuman mati kerana mengedar 84.86gram syabu dan mengekalkan hukuman gantung yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Hakim Dato Andul Aziz Abd Rahim, Dato Rohana Husin dan Dato Abang Iskandar Abang Hashim dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan pesalah Ibrahim Bakri.

Pada 26 Ogos, 2011 Mahkamah Tinggi Sandakan menjatuhi hukuman mati ke atas Ibrahim setelah didapati bersalah mengedar syabu pada jam 10.30 malam pada 6 Disember, 2009 di sebuah rumah di Taman Grandview, Jalan Buli Sim sim, Sandakan.

Kesalahan termaktub di bawah Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Komen


Berita Berkaitan