Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,748

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki edar dan ambil dadah, dihadap ke mahkamah

4:08pm 24/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 114 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dan mengambil dadah.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Noel Harry Hungan, 27.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh yang dibawa ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus didakwa mengedar 3,974 gram (g) dadah jenis Kanabis di kargo Air Asia, pada jam 10.45 pagi, 11 Mei lalu.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengedar 2,972 g dadah jenis Kanabis di kawasan Pejabat Pos, disini, pada jam 5.40 petang, 10 Mei lalu.

Bagi kedua- dua pertuduhan, Noel berdepan hukuman gantung mandatori dibawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.

Manakala, pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah.

Bagi kesalahan tersebut, Noel boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 dan 28 Jun hadapan sementara menunggu laporan kimia dan tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Isfandiar Dr. Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan