Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ecstacy RM440,000 dirampas JKDM Sabah

6:27pm 10/08/2016 Pak Roshan 200 views Jenayah,Mutakhir
YUNUS menunjukkan bungkusan yang mengandungi pil ecstacy yang dirampas di Pejabat Pos Lahad Datu Rabu lalu. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

YUNUS menunjukkan bungkusan yang mengandungi pil ecstacy yang dirampas di Pejabat Pos Lahad Datu Rabu lalu. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

Lahad Datu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas sebanyak 9,946 pil ecstacy bernilai RM440,000 yang dikirim melalui pos ke Lahad Datu, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah JKDM Sabah, Yunus Tahir berkata, rampasan dibuat kira-kira 3 petang ketika sepasukan anggotanya melakukan pemeriksaan barangan kurier di Pejabat Pos Lahad Datu sebelum menemui satu kotak yang dikirim dari Segamat, Johor.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kotak berkenaan mengandungi 10 kotak kecil berjemana ‘Lemonet Lazior’ yang dilapisi dengan aluminium dan hasil pemeriksaan di dalamnya terdapat plastik lut sinar berisi pil hijau yang disyaki dadah jenis ecstacy.

“Terdapat dua jenis pil ecstasy iaitu 3,972 pil jenis Heineken dan 5,974 pil Dom Perignon dengan berat kira-kira empat kilogram serta dianggarkan bernilai RM400,000,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Lahad Datu, di sini, hari ini.

Yunus berkata, rampasan itu membawa kepada tangkapan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 18 hingga 60 tahun di rumah di Kampung Muhibbah mengikut alamat penerima yang tertera pada bungkusan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tiga individu berkenaan direman untuk siasatan lanjut,” katanya. –  myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan