Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ECRL, TSGP dibatalkan – PM

DR Mahathir Mohamad. – Foto BERNAMA

 

BEIJING: Kerajaan memutuskan untuk membatalkan pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia.

“Saya percaya, China sendiri tidak mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara bankrap,” katanya pada sidang media pada akhir lawatan lima harinya ke China.

Dr Mahathir berkata, rundingan akan dilakukan pada peringkat pegawai untuk mencari jalan keluar daripada projek berkenaan pada kos paling rendah.

Beliau menjelaskan, ini kerana kerajaan mungkin perlu membayar pampasan susulan keputusan itu yang disebabkan kebodohan rundingan kerajaan terdahulu.

“Mengapa kita perlu memeterai perjanjian yang mana kita perlu membayar pampasan besar jika projek tidak diteruskan.

“Sepatutnya mesti ada klausa keluar yang adil bagi kedua-dua pihak dalam semua perjanjian. Tetapi dalam hal ini, jika kita batal, kita kena bayar jumlah wang yang banyak,” katanya.

Mengenai kemungkinan pembatalan projek berkenaan akan menjejaskan hubungan Malaysia-China, Dr Mahathir berkata, beliau telah menjelaskan kepada ketiga-tiga pemimpin negara itu mengapa kerajaan terpaksa menghentikannya dan mereka amat memahaminya.

“Sebelum ini ada salah faham, tetapi sekarang mereka faham mengapa kita perlu melakukannya,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan hubungan Malaysia dengan China terus kukuh, malah beliau dijemput sekali untuk melawat negara itu pada April tahun depan untuk menghadiri Forum Belt And Road.

Dr Mahathir berkata, dalam lawatannya kali, beliau juga telah menjelaskan pada pihak China mengenai jenis pelaburan langsung asing (FDI) yang diperlukan Malaysia.

Katanya, bagi Malaysia, FDI adalah pelabur membawa masuk modal dan teknologi dengan mendirikan kilang di Malaysia menggunakan tenaga kerja tempatan.

“Ia bukannya membeli tanah dan membangunkan bandar-bandar baru kerana ia boleh dilakukan sendiri oleh pelabur Malaysia,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan