Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

EarthCheck iktiraf Palace Hotel sebagai Hotel Hijau

Program kitar semula
Program kitar semula

KOTA KINABALU – Program pengurusan hijau yang dilaksanakan oleh Palace Hotel berjaya mendapat pengiktirafan daripada organisasi penarafan pengurusan alam sekitar antarabangsa, EarthCheck.

Penganugerahan pengiktirafan tersebut adalah berdasarkan program pengujian tanda aras saintifik yang ketat, melalui perbandingan pengurusan sumber air dan tenaga setahun daripada 1,300 organisasi di 70 buah negara.

Anugerah ini juga mengambil kira data daripada faktor-faktor seperti pengeluaran gas rumah hijau, penggunaan air bersih, sisa buangan yang dihantar ke tapak pelupusan dan rating kitar semula sisa, sumbangan kepada masyarakat dan racun perosak.

Melalui pengiktirafan tersebut, pihak hotel boleh mengenal pasti kelemahan dan seterusnya memperbaiki lagi amalan kelestarian yang dilakukan selama ini.

Suasana selesa dengan penggunaan bidai tingkap yang mesra alam
Suasana selesa dengan penggunaan bidai tingkap yang mesra alam

Pengurus Besar Palace Hotel, Phang Joo See berkata, pihaknya berasa bangga dan akan terus melakukan penambahbaikan serta komited untuk menyokong usaha untuk memulihara alam sekitar,” katanya kepada SayangSabah, di sini hari ini.

Joo See menambah, bagi menerapkan kesedaran untuk memelihara alam sekitar dalam kalangan kakitangan dan para tetamu, pihak hotel itu juga mengamalkan penggunaan beg suratkhabar yang dikitar semula daripada kain cadar, menggantikan langsir dengan bidai tingkap, menggunakan penggunaan termos di dalam bilik, program penjimatan air dan tenaga.

Katanya, mereka turut aktif dalam usaha untuk menerapkan kesedaran memulihara alam sekitar terhadap masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.

Sebelum ini, Palace Hotel telah memenangi Anugerah Hotel Bebas Sampah dan Penggunaan Plastik Minimum daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta Anugerah 3-Leaf Rating daripada Program Klasifikasi Hotel Hijau, Kementerian Pelancongan. – Oleh Sukri Sarin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan