Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Earth Hour’ platform sampaikan mesej isu pemanasan global

 

KOTA KINABALU: Program ‘Earth Hour‘ yang disambut pada bulan mac setiap tahun menjadi platform penting dalam menyampaikan mesej penting membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim dunia serta isu pemanasan global.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata, penganjuran program seumpama ini penting bagi membangkitkan kesedaran orang ramai berhubung isu alam sekitar agar dapat bersama-sama menjaga kelestarian alam sekitar.

“Program Earth Hour yang dilaksanakan pada malam ini merupakan acara tahunan yang disambut pada bulan mac setiap tahun.”

“Program ini mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak diperlukan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim dunia serta isu pemanasan global,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Program Earth Hour Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di perkarangan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) , hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

Tambah Edward Yong, isu alam sekitar merupakan satu tanggungjawab semua pihak kerana kegagalan memelihara alam sekitar akan menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat sejagat.

*Dengan adanya penganjuran program seumpama ini, masyarakat akan lebih terdedah kepada kepentingan penjagaan alam sekitar yang seterusnya memberikan kesan baik kepada usaha menjaga mengekalkan kelestarian alam sekitar”katanya. /SayangSabah

Datuk Edward Yong (tengah) mengambil gambar bersama tetamu kehormat sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Komen


Berita Berkaitan