Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DVBRS pusat perlindungan badak baharu

Untitled-1

LAHAD DATU 29 Ogos – Sanktuari Badak Lembah Danum (DVBRS) menjadi satu lagi mercu tanda daerah ini selepas khazanah hutan hujan bertaraf dunia iaitu Lembah Danum.

Dibina dengan kos bernilai RM1.4 juta, sanktuari tersebut menjadi satu tempat pelindungan dan pemulihan haiwan di negeri ini, yang diyakini mampu menarik kunjungan pelbagai pihak.

Pengarah Borneo Rhino Alliance (Bora), Datuk Dr. Junaidi Payne berkata, pembinaan sanktuari itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi menyelamatkan populasi badak di kawasan Lembah Danum.

“Program ini sebenarnya menyokong langkah awal yang diambil oleh pihak Pusat Perlindungan Tabin, Lahad Datu bagi aktiviti pemuliharaan Borneo Rhinos Sabah (BRS),” katanya ketika ditemui dalam majlis penyerahan kunci DVBRS, di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Junaidi mewakili Bora menerima kunci daripada Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Fidelis Edwin Bajau.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Pusat Lapangan Lembah Danum, Jikos Gidiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby, Yatela Zainal Abidin.

Pembinaan DVBRS yang dibiayai oleh SFD menerusi peruntukan RM1 juga turut menerima sumbangan RM250,000 daripada Yayasan Sime Darby dan Yayasan Sabah berjumlah RM100,000 manakala RM50,000 lagi daripada hasil kutipan derma yang dilaksanakan oleh Bora.

Menurut Junaidi, projek pembinaan sanktuari itu yang dikendalikan oleh kontraktor Buildtech Enterprise, siap sepenuhnya dalam tempoh sembilan bulan sejak ia dimulakan pada Oktober 2013.
Antara kemudahan yang terdapat di sanktuari itu ialah pagar elektrik yang dibina mengelilingi kawasan seluas 4.45 hektar.

Komen


Berita Berkaitan