Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Duterte Samakan Dirinya Dengan Hitler

DUTERTE
DUTERTE

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi mencetuskan sensasi apabila menyamakan perwatakan dirinya dengan pemimpin utama Nazi, Adolf Hitler ketika zaman Perang Dunia Kedua.

Beliau malah menyuarakan kegembiraan untuk menghapuskan tiga juta pengguna dan pengedar dadah di negara rantau Asia tenggara itu.

Walaupun pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengecam kenyataan itu, komen Duterte mencetuskan kejutan dan kemarahan dalam kalangan kumpulan Yahudi di AS, yang boleh menyebabkan tekanan ke atas Washington DC supaya bertindak lebih tegas terhadap Duterte.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner, berkata komen Duterte, dalam ucapan sebaik tiba di Bandaraya Davao selepas lawatan ke Vietnam, adalah “tidak selari” dengan hubungan AS dengan Filipina, “dan kami mendapati ia tidak menyenangkan”.

Duterte memberitahu wartawan beliau “digambarkan sebagai sepupu Hitler” oleh pengkritik.

Sambil menyatakan Hitler membunuh jutaan orang Yahudi, Duterte berkata: “Ada tiga juta penagih dadah di Filipina.

Saya gembira untuk membunuh mereka.

“Jika Jerman ada Hitler, Filipina mempunyai…” katanya, berhenti seketika dan menunjuk dirinya. Beliau berkata:

“Anda tahu mangsa saya, saya mahu semua menjadi penjenayah untuk menamatkan masalah negara saya dan menyelamatkan generasi seterusnya daripada binasa.

” Penasihat khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi pembasmian pembunuhan beramai-ramai, Adama Dieng, menyuarakan kebimbangan mengenai komen Duterte dan menggesa pemimpin Filipina itu tidak terlalu celupar, menurut kenyataan badan dunia itu.

Dieng juga menggesa Duterte menyokong siasatan terhadap laporan dalam pembunuhan berikutan kempen antidadahnya, menurut kenyataan PBB. –Reuters/BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan