Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Duterte diisytihar Presiden Filipina ke-16

9:51am 31/05/2016 Pak Roshan 835 views Global
Rodrigo Roa Duterte, 71, (kiri) Presiden Filipina yang ke-16 manakala Maria Leonor Gerona Robredo (kanan) naib presiden.

Rodrigo Roa Duterte, 71, (kiri) Presiden Filipina yang ke-16 manakala Maria Leonor Gerona Robredo (kanan) naib presiden.

Manila: Rodrigo Duterte menjadi Presiden Filipina yang ke-16 selepas jawatankuasa Kongres mengisytiharkan beliau memenangi pilihan raya 9 Mei lalu, menggantikan Benigno Aquino yang akan meninggalkan jawatan itu bulan depan selepas enam tahun menjadi presiden.

“Saya dengan ini mengisytiharkan Rodrigo Roa Duterte dan Maria Leonor Gerona Robredo sebagai presiden dan naib presiden Republik Filipina,” kata Senator Franklin Drilon dan Ahli Kongres Feliciano Belmonte ketika persidangan Kongres hari ini.

Duterte, 71, Datuk Bandar Davao City di selatan Filipina yang sering membuat kenyataan kontroversi ketika berkempen, memenangi hampir 40 peratus daripada 44 juta undi. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan