Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Duterte arah musnahkan Abu Sayyaf

10:50pm 10/08/2016 Pak Roshan 4679 views Global

duterte

 Manila: Presiden Filipina Rodrigo Duterte hari ini, mengarahkan tentera memusnahkan kumpulan militan Abu Sayyaf kerana menurutnya jika dibiarkan negara itu bakal ‘dicemari’ oleh militan Negara Islam (IS).

“Musnahkan mereka, ini perintah,” kata Duterte kepada tentera di sebuah pangkalan tentera di Zamboanga, selatan Filipina.

Menurutnya, Abu Sayyaf ialah pengganas dan penjenayah yang membunuh orang awam tanpa sebab serta tidak mahu berunding.

“Tindakan tegas amat perlu sekarang atau Filipina akan ‘dicemari’ dengan wabak IS,” katanya yang menjanjikan peralatan moden kepada tentera bagi memerangi Abu Sayyaf.

Kumpulan militan itu kini sedang menahan sejumlah tebusan asing, termasuk dari Norway, Belanda dan Malaysia untuk mendapatkan wang tebusan selepas memenggal dua tebusan Kanada baru-baru ini. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan