Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Duta Besar tidak terlepas penilaian KPI

Anifah Aman (tengah) bersama lima duta besar Malaysia selepas majlis penyampaian surat lantikan dan KPI. - foto Jimmy Tan
Anifah Aman (tengah) bersama lima duta besar Malaysia selepas majlis penyampaian surat lantikan dan KPI. – foto Jimmy Tan

KOTA KINABALU – Lima Ketua Perwakilan Malaysia yang akan menjalankan tugas baharu sebagai Duta Besar telah menerima sijil Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan surat lantikan daripada Menteri Luar Negara, Datuk Seri Anifah Aman, di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Ramlan Ibrahim iaitu Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York; Datuk Zulkifli Adnan (Jerman); Datuk Adnan Othman (Austria – Wakil Tetap ke PBB di Vienna, Austria); Ahmad Rozian Abd. Ghani (Kuwait) dan Mohamad Nizam Mohamad (Korea Utara).

Dalam sidang media selepas itu, Anifah berkata, kesemua diplomat yang dilantik mempunyai pengalaman mengendalikan hal berkaitan terutama dalam isu-isu global semasa.

“Mereka yang dilantik mempunyai pengalaman luas berkaitan isu global, tapi kita menjangkakan mereka boleh melakukan yang lebih baik kerana prestasi kementerian ini terletak kepada sejauhmana mereka menjalankan tugas di luar negara seperti yang diamanahkan,” katanya.

Anifah berkata, dalam tempoh lima tahun memegang jawatan sebagai menteri luar negara, beliau berbangga dapat bekerjasama dengan kakitangan di kementerian itu termasuk duta besar, pesuruhjaya tinggi dan konsul jeneral yang mewakili Malaysia.

“Peluang mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatan saya di beberapa negara yang dilawati sebelum ini, mereka nyata berpuas hati dan memuji kerjasama ditunjukkan oleh duta-duta dan pesuruhjaya tinggi Malaysia.

“Justeru, saya berharap pencapaian baik ini dapat ditingkatkan dan diteruskan lagi,” ujarnya lagi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan