Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Duta Besar Amerika Syarikat membuat lawatan rasmi ke rumah Ketua Menteri

9:21am 09/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 38 views Tempatan
Joseph (kiri tengah) dan Musa  sedang membuat perbincangan

Joseph (kiri tengah) dan Musa sedang membuat perbincangan

KOTA KINABALU- Satu perjumpaan diantara Duta Besar Amerika Syarikat, Joseph Yun dan para delegasi dari Oregon  serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah dilaksanakan di rumah kediaman beliau di Sri Gaya, baru-baru ini.

Dalam perjumpaan tersebut, mereka telah membincangkan beberapa perkara termasuklah mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dalam bidang pelancongan, pendagangan serta pendidikan.
Sehubungan dengan itu, diantara aktiviti yang telah disediakan sempena lawatan mereka selama tiga hari ke Sabah termasuklah mengunjungi Pusat Rehabilitasi Orang Utan, Sepilok, dan Pusat Penemuan Hutan Hujan, Sandakan serta “Sukau Nature Reserve” di Kinabatangan.
Para delegasi yang hadir semasa perjumpaan tersebut merupakan pegawai kerajaan dan pakar-pakar yang mahir terutamanya dalam bidang pendidikan, alam sekitar dan perhutanan. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan