Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DUN Sabah tafakur seminit memperingati Bernard Then

5:40pm 20/11/2015 Pak Roshan 237 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Bernard Then

Bernard Then

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati Bernard Then Ted Fen, mangsa culik yang dipenggal kepalanya oleh kumpulan Abu Sayyaf, Selasa lalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengajak seluruh anggota DUN untuk bersama-sama bertafakur, sebelum beliau memulakan persidangan bagi membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016.

Then, 39, seorang jurutera elektrik dari Sarawak, dilaporkan dipenggal kepalanya pada kira-kira 4 petang, Selasa lalu, di kubu kuat Abu Sayyaf yang terpencil di Jolo, wilayah Sulu, kira-kira 1,400km selatan Manila.

Then dan seorang wanita, Thien Nyuk Fun, 50, diculik empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan pada 7.45 malam 14 Mei lalu.

Bagaimanapun, pada 8 November, Thien, pengurus restoran itu, dibebaskan oleh penculiknya berikutan rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dan kumpulan penculiknya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan polis Malaysia dan Filipina akan bekerjasama rapat dalam menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan sama ada mayat yang dijumpai di selatan Filipina adalah Then. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan