Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUN Sabah Lulus Peruntukan Pembekalan Tambahan Lebih RM92.3 Juta

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) bersama dua timbalannya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (tengah) dan Christina Liew pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
–fotoBERNAMA

 

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan perbekalan tambahan berjumlah RM592,310,727 untuk perbelanjaan pentadbiran kerajaan negeri pada tahun ini.

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama Tahun 2018 bagi tujuan itu yang dibentangkan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dalam persidangan DUN Sabah hari ini.

Ketika membentangkan rang undang-undang perbekalan berkenaan, Mohd Shafie berkata sebahagian besar daripada jumlah perbekalan itu iaitu RM334,879,850 diperlukan bagi tujuan pelarasan akaun untuk mematuhi peraturan perakaunan iaitu menyelesaikan Akaun Pendahuluan Diri sebanyak RM84,879,850 yang telah dibelanjakan.

Katanya RM250,000,000 lagi adalah untuk tujuan Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun Negeri.

“Ini bermakna, hanya RM257,430,877 sahaja yang sebenarnya melibatkan pengaliran wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2018 ini.

“…Peruntukan tambahan terbesar yang melibatkan aliran wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2018 adalah sebanyak RM119,382,000 adalah bagi menampung keperluan mendesak vot-vot di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur meliputi perbelanjaan pembelian bekalan air atau ‘bulk supply rate’ dan pengendalian loji-loji air di seluruh negeri Sabah serta melunaskan pembayaran tunggakan kepada syarikat-syarikat konsesi air,” katanya.

Menurut Mohd Shafie, Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2018 berkenaan juga melibatkan penyediaan peruntukan sebanyak RM23,264,000 untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan sistem perparitan utama dan kerja-kerja pengairan dan saliran di seluruh negeri Sabah.

Katanya RM20,863,353 di peruntukan untuk pembayaran bil-bil utiiliti, RM23,000,000 untuk pembayaran perkhidmatan pengurusan fasiliti bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), RM10,943,400 untuk menampung pembayaran elaun ketua-ketua kampung dan selebihnya RM49,218,524 pula bagi membiayai perbelanjaan emolumen (tunggakan gaji, elaun lebih masa dan gantian cuti rehat) dan perbelanjaan pentadbiran pejabat seperti penyelenggaraan bangunan,kenderaan dan janakuasa serta perkhidmatan keselamatan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan