Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,674

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DUN Sabah: Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Teknikal Kaji Penurunan Kuasa

6:55pm 09/08/2016 Pak Roshan 311 views Berita Pilihan,Laporan Sidang DUN,Mutakhir
FW9A3693

Menteri Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Teo Chee Kang

KOTA KINABALU : Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Menteri Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Induk peringkat persekutuan berkenaan dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar yang juga anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan anggota Parlimen Batang Sadong, Sarawak Nancy Shukri.

Jawatankuasa Teknikal peringkat negeri Sabah juga dipengerusikan oleh Anifah, katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Wilfred M Bumburing (Bebas-Tamparuli).

“Antara perkara spesifik penurunan kuasa yang dirundingkan ialah untuk membenarkan supaya sebarang keputusan oleh pegawai-pegawai Persekutuan dibuat di peringkat negeri dan kerajaan negeri diberi peranan lebih besar dalam memutuskan projek-projek terutama berkaitan lokasi dan keutamaannya,” katanya.

Beliau berkata turut dibincang secara spesifik oleh jawatankuasa berkenaan termasuk supaya temuduga untuk jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, terutamanya dalam profesion perguruan dan anggota polis diadakan bukan hanya di bandar-bandar tertentu tetapi juga di lokasi di kawasan luar bandar.

Turut dirundingkan, kata Teo ialah penurunan kuasa pendakwa raya di bawah Kanun Acara Jenayah kepada Peguam Negeri untuk mendakwa kesalahan-kesalahan di bawah mana-mana ordinan atau enakmen negeri.

Katanya turut dirundingkan jawatankuasa berkenaan ialah Sabah dan Sarawak hendaklah mempunyai peranan untuk melulus dan mengeluarkan permit perikanan laut dalam.

Sementara itu, katanya cadangan jawatankuasa berkenaan dalam soal penurunan kuasa yang boleh dilaksanakan segera adalah untuk memastikan supaya fungsi-fungsi agensi kerajaan negeri dan persekutuan tidak bertindih.

Katanya cadangan lain yang boleh dilaksanakan segera adalah sebarang pewujudan agensi baharu perlu dirundingkan dengan kerajaan negeri selain ketua jabatan dalam kalangan rakyat Sabah perlu ditambah, dan memberi mandat kepada pegawai-pegawai persekutuan di Sabah untuk membuat keputusan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan