Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DUN: Rang Undang- Undang Pembekalan Tambahan Pertama 2016 diluluskan

1:42pm 08/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 28 views Laporan Sidang DUN,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan Pertama (2016) yang memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM 394,528,578.

Rang Undang-Undang berkenaan dibentangkan oleh Ketua Menteri merangakap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Persidangan DUN Sabah, disini, hari ini.

Menurut Musa, sebahagian besar daripada jumlah Anggaran Perbekalan Tambahan 2016 iaitu RM216,527,976 diperlukan bagi tujuan pelarasan Akaun Pendahuluan Diri terkumpul beberapa tahun lalu bagi mematuhi peraturan perakauanan.

“Ini bermakna hanya RM178,000,602 sahaja yang sebenarnya melibatkan pengaliran wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2016 ini,” katanya.

Katanya, tambahan peruntukan tersebut diperlukan bagi menampung beberapa kepala perbelanjaan bagi memastikan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan dapat bergerak dengan lancar.

Diantaranya ialah, peruntukkan sebanyak RM 116.65 juta diperlukan bagi menampung keperluan mendesak di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur meliputi pembelian bekalan air atau ‘Bulk Supply Rate’ dan pengendalian loji-loji air di seluruh Sabah serta melunaskan pembayaran tunggakan kepada syarikat Konsesi Air.

Selain itu, Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2016 juga melibatkan penyediaan peruntukkan sebanyak RM 12.5 juta bagi menampung kenaikan tangga gaji para kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri berkuatkuasa Julai 2016.

Di samping itu, peruntukkan tambahan sebanyak RM 4.4 juta juga diperlukan untuk melunaskan pembayaran kerja-kerja kecemasan Penstabilan Tebing Sungai Pegalan, Keningau. Manakala, sebanyak RM 3 juta pula diperuntukkan untuk membiayai kerja-kerja pembaikan cerun.

Dalam masa sama, Penyata Tambahan Anggaran Pembangunan Pertama Tahun 2016 juga memerlukan tambahan RM 131,660,870 yang melibatkan sebanyak 33 vot peruntukan dibawah lapan kementerian.

“Daripada jumlah tersebut, RM103,356,190 akan ditampung melalui Kumpulan Wang Negeri dan RM 17,123,230 melalui Pinjaman Persekutuan.Manakala bakinya sebanyak RM11,181,450 merupakan Bayaran Balik Persekutuan,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan