Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUN Matunggong tetap milik calon PBS- Musa

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan kekal meletakkan wakil dari Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata, merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara yang dinyatakan berkaitan peminjaman kerusi tersebut merupakan sekadar cadangan pihak tertentu sebagaimana yang pernah berlaku di beberapa tempat lain.

“Setelah diperjelaskan, pembahagian kerusi di antara parti-parti komponen di Sabah adalah kekal status-quo, sebagaimana cadangan BN Sabah yang telah saya maklumkan sebelum ini, “katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Menurut Musa, kedudukan dan peranan setiap parti dalam komponen Barisan Nasional perlu dihormati dan diiktiraf iaitu selaras dengan pegangan beliau dalam memimpin Umno di Sabah.

“Inilah pendirian BN Sabah dan inilah juga pegangan saya dalam memimpin UMNO Sabah,”katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan