Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DUN luluskan Rang Undang-Undang Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2016

3:10pm 10/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 90 views Berita Pilihan,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi Manjun

Masidi Manjun

KOTA KINABALU- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebulat suara mempersetujui Rang Undang-Undang Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2016 pada Persidangan DUN, disini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata bahawa Enakmen tersebut digubal untuk memperuntukkan peruntukan berkenaan pemeliharaan, pengurusan dan perlindungan liar serta habitatnya di Sabah.

“Enakmen ini mula berkuatkuasa pada bulan Jun 1998 dan dibuat bagi menggantikan Ordinan Sarang Burung 1914 dan Fauna Conservation 1963.

“Enakmen ini juga memperuntukkan peruntukan bagi mengawal perdagangan antarabangsa fauna dan flora yang terancam dibawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Species Terancam (CITES).

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2016.

Menurut Masidi, pihaknya mengambil inisiatif untuk meminda Enakmen berkenaan terutamanya dari segi penalti bagi mengurangkan ancaman pemburuan.

Katanya, penalti- penalti bagi kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen tersebut perlu dipertingkatkan membolehkan Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 selari dengan Undang-Undang Persekutuan.

“Hal ini bersesuaian berdasarkan data terkini, beberapa spesies liar di Sabah seperti Badak Sumatera, Orang Utan dan sebagainya telah disenaraikan sebagai ‘critically endangered’ dan hidupan liar seperti tenggiling, tembadau, monyet belanda dan yang lainnya telah disenaraikan sebagai ‘endangered’ di bawah senarai merah (Red List) Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN),”katanya.

Selain itu, Enakmen tersebut juga bertujuan untuk mengemaskini spesis baru yang perlu dilindungi di bawah Enakmen.

“Beberapa spesis hidupan liar di Sabah yang dahulunya dikenali dengan nama spesis yang sama telah didapati mempunyai perbezaan DNA dengan haiwan yang sama dikedudukan geografi yang berbeza sehingga spesis yang berbeza.

“Penggunaan teknologi terkini dalam bidang taksonomi membantu para saintis untuk mengenalpasti hidupan liar yang berlainan melalui penggunaan analisa DNA,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan