Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dulu Diejek Monster, Kini Calon Ratu Cantik

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah perumpamaan yang sesuai digambarkan mengenai gadis bernama Evita Patcey Edgar Delmundo.

Dulu, dia hanya mampu mengasingkan dirinya dari khalayak apabila sering diejek sebagai monster (raksasa) oleh rakan-rakannya. Ini kerana hampir keseluruhan wajah dan badannya dipenuhi dengan tahi lalat.

Evita juga pernah hilang keyakinan diri dan berhasrat untuk membuang tahi lalatnya, namun niat itu terpaksa dibatalkan apabila ia terlalu berisiko ke atas kesihatannya.

“Banyak sangat, tak terkira. Mungkin lebih 100 tahi lalat ada di muka dan seluruh badan. Masa kecil dulu pernah terfikir nak buang sebab sering diejek dan dihina.

“Tapi tak boleh buang sebab tahi lalat tumbuh di seluruh badan. Kalau nak buang, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan saya,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Tetapi kini ‘kekurangan’ bagi orang lain itu telah menjadi kelebihan kepada gadis berusia 20 tahun ini apabila dia antara bertuah disenaraikan dalam saringan 50 peserta awal pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2018.

Gadis yang berasal dari Kudat, Sabah ini sangat bersyukur apabila dia mendapat sokongan daripada banyak pihak selepas diumumkan sebagai top 50 pertandingan berprestij itu.

Dalam pada itu, anak kedua daripada lima beradik ini sedang mempersiapkan dirinya menghadapi pertandingan berprestij itu. Rupa-rupanya Evita juga berbakat dalam nyanyian dan pandai bermain gitar.

“Ada 49 gadis cantik lain turut disenaraikan. Jadi, saya perlu berusaha lebih keras untuk menonjolkan sesuatu seperti kebolehan yang lain daripada lain,” tambahnya lagi.

Jika dulu tahi lalat di seluruh badannya dianggap sebagai ‘titik hitam’ dalam hidup, tapi kini ia sebagai pembuka rezeki kepada gadis ini apabila dia turut ditawarkan sebagai model sambilan.

Semoga berjaya diucapkan kepada kesemua 50 peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2018! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Komen


Berita Berkaitan