Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dulu Bergambar Dengan Idola, Tapi Kini Kalahkan Idola

1:17pm 13/08/2016 Pak Roshan 6449 views Global

phelps-data

SINGAPURA – Siapa sangka seorang kanak-kanak Singapura yang begitu teruja bertemu idolanya dari Amerika Syarikat (AS) lapan tahun lalu, satu hari nanti bersaing dengan jaguh sama dalam kolam renang Olimpik beribu-ribu batu jauhnya dari Singapura.

Lebih menakjubkan lagi, Joseph Isaac Schooling, yang kini berusia 21 tahun, bukan sahaja dapat bersaing dalam acara yang sama dengan legenda renang dunia Michael Fred Phelps II, bahkan dapat menewaskan kehebatan pemenang 22 pingat temasya Olimpik itu.

Phelps, 31; yang dilahirkan di Baltimore, Maryland sudahpun memenangi empat pingat emas di Olimpik Rio setakat ini, dengan dua daripadanya adalah dalam acara perseorangan manakala lagi dua bagi acara berpasukan mewakili negara kuasa besar dunia tersebut.

Satu lagi pencapaian luar biasa Schooling ialah beliau sebenarnya sudahpun menewaskan Phelps sebanyak dua kali sejak Sukan Olimpik Rio bermula pada 6 Ogos lalu iaitu bermula kali pertama pada Kejohanan Undangan Longhorn Aquatics Elite di AS sendiri.

Dan kali kedua pula, pada 12 Ogos (waktu Malaysia) dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter di peringkat separuh akhir, Schooling mencatat masa 50.83 saat untuk menewaskan pemegang rekod Olimpik itu yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan masa 51.60 saat.

Sebelum ini, menerusi wawancara khas Schooling dengan agensi berita Mediacorp Singapura, beliau pernah bertegas dengan menyifatkan kemampuannya mengalahkan Phelps dalam kejohanan bertaraf kecil sebelum ini sebagai “sesuatu yang tidak perlu diperbesarkan sangat”.

“Seronok dapat menewaskan Phelps namun saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan seperti difikirkan orang lain,”katanya yang juga ada ‘darah’ Malaysia kerana ibunya, May merupakan seorang Cina kelahiran Malaysia namun mendapat taraf penduduk tetap Singapura.

“Seronok menewaskan atlit Olimpik terbaik, namun adakah ia menjejaskan diri saya di Rio pula? Mungkin setengah peratus atau satu peratus, kemenangan itu menunjukkan kepada orang ramai apa yang saya tahu saya mampu lakukan,” kata Schooling lagi.

Anak muda generasi ketiga Singapura ini merupakan etnik Eurasia kerana bapanya, Colin seorang ahli perniagaan tempatan manakala datuknya, bekas pegawai tentera British di Singapura yang berkahwin dengan wanita peranakan Portugis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

renang-1 schooling-data

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan