Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Duit seguni beli rumah

11:42am 15/09/2016 Pak Roshan 2417 views Global
PASANGAN berkenaan membawa wang kecil yang diisi di dalam guni ketika datang ke syarikat hartanah. Gambar kecil, pekerja melambakkan wang di atas lantai untuk dikira.- People’s Daily

PASANGAN berkenaan membawa wang kecil yang diisi di dalam guni ketika datang ke syarikat hartanah. Gambar kecil, pekerja melambakkan wang di atas lantai untuk dikira.- People’s Daily

Nanyang, China: Pekerja syarikat hartanah di sini terkejut selepas satu pasangan suami isteri datang ke pejabat mereka dengan membawa satu guni wang untuk membeli sebuah apartmen.

Pasangan warga emas berkenaan menjalankan perniagaan kecil-kecilan di bandar Nanyang di wilayah Henan dan sudah lama menabung untuk membeli hartanah.

Mereka mahu membeli apartmen dan membayar deposit 30,000 yuan (RM18,558) menggunakan wang kecil.

 Pasangan itu membayar deposit menggunakan wang kertas 1 yuan (RM0.62) dan 5 yuan (RM3.10).

Kebanyakan wang kertas itu berada dalam keadaan berlipat dan ronyok menyebabkan ia tidak boleh dimasukkan dalam mesin mengira. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan