Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Warga Asing Dan Seorang Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Di Menggatal Dan Tuaran

rentung

KOTA KINABALU– Dua lelaki warga asing ditemui rentung selepas sederet rumah kedai musnah dalam kebakaran di pekan Menggatal dekat sini awal hari ini.

Kedua-dua mangsa warga Pakistan itu dikenali sebagai Zarifkhan, 20, dan Afsarkhan, 43, ditemui di sebuah restoran di hujung rumah kedai itu dalam kejadian pada 1.30 pagi.

Pegawai Operasi Zon Kota Kinabalu Jimmy Lagon ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat berkata kedua-dua mangsa dipercayai pekerja restoran, ditemui di bahagian atas dan bawah bangunan kedai enam pintu itu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Afendy K. Ramin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi sebelum tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.

Beliau berkata tiga jentera bomba berserta 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Kota Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dikerah ke tempat kejadian.

“Bomba berjaya memadamkan kebakaran pada 4.30 pagi dan operasi tamat pada 7.30 pagi tadi dan kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Afendy berkata seorang lelaki warga emas rentung selepas rumah yang didiaminya di Kampung Sungai Damit, Tuaran dekat sini musnah dalam kebakaran pagi Jumaat.

Mangsa, Pukimin Yokomo Kadir Ghani yang berumur 97 tahun, ditemui di dalam bilik di rumahnya dalam kejadian 9 pagi itu.

Beliau berkata dua jentera bomba berserta 12 anggota dan pegawai yang melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba Tuaran menerima panggilan pada 9.02 pagi dan berjaya mengawal kebakaran sejam kemudian.

Komen


Berita Berkaitan