Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua wanita warga asing tidak mengaku melacur

KOTA KINABALU- Dua wanita warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan mencari pelanggan untuk tujuan pelacuran.
Orethai Boontem, 27, warganegara Thailand didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 4 Disember, lalu, di sebuah hotel, Jalan Lintas, di sini pada jam lebih kurang 10.15 pm.
Manakala, Nguyen Thi Hoa, 29, warganegara Vietnam melakukan kesalahan tersebut pada 5 Disember, tahun ini, pada jam lebih kurang 10.27 pm di tempat yang sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus telah menetapkan tarikh 12, tahun depan untuk pengurusan kes bagi Nguyen manakala tarikh pengurusan kes bagi  Orenthai ditetapkan pada 25 Januari, tahun depan.
Inspektor Isfandiar Dr Japri melakukan pendakwaan. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan