Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua wanita terseliuh ketika mendaki bukit Kinasaraban

6:40pm 01/10/2016 Leolerry Lajius 1554 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Pasukan keselamatan membawa turun mangsa.

Pasukan keselamatan membawa turun mangsa.

KOTA BELUD: Dua orang wanita terseliuh di bahagian pergelangan kaki ketika menuruni Bukit Kinasaraban semasa menjalankan aktiviti mendaki, di sini, hari ini.

Mangsa Rasibah Binti Mangkoi, 28, dan Siti Balqis Binti Samsudin, 47 mengalami kecederaan kerana tergelincir ketika menuruni bukit berkenaan.

Menurut pihak bomba, pihak bomba telah menerima panggilan dari orang awam bagi memaklumkan kes berkenaan pada jam 12.16 tengahari dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12 kilometer itu pada jam 12.40 tengahari.

Pasukan bomba seterusnya menjalankan operasi menyelamatkan mangsa dengan membawa mangsa turun menggunakan pengusung ke tempat selamat dan seterusnya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Sablee bin Hj Amit itu tamat pada jam 4.55 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan