Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua unit kediaman IPD Kota Kinabalu terbakar

9:14am 11/06/2014 Pak Roshan 132 views Kota Kinabalu,Tempatan

balai terbakar

KOTA KINABALU: Dua unit kuarters anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu terjejas teruk akibat kebakaran petang ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang di dua tingkat berasingan itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan M. Chandra berkata, kebakaran bermula di tingkat satu, sebelum merebak ke tingkat atas bangunan kuarters berkenaan.

Katanya, kejadian itu disedari oleh beberapa anggota yang secara kebetulan berada di sekitar pekarangan bangunan kuarters tersebut yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak bomba.

“Mujur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku ekoran penghuni kediaman di tingkat satu tidak berada di rumah, manakala unit di atas rumah tersebut tidak berpenghuni, ” katanya di sini hari ini.

Chandra turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu kerana bertindak tangkas dalam mengawal api daripada merebak ke unit lain.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM negeri, Mohammad Affendy K. Ramin berkata, tiga jentera dengan kekuatan 27 anggota telah terlibat dalam operasi memadamkan api di lokasi tersebut.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 1.45 petang dan sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran ini telah membabitkan satu unit kediaman kuarters yang musnah sebanyak 60 peratus, manakala sebuah lagi unit lagi terbakar kira-kira 20 peratus.

“Api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 2 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan