Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua treler terbabas

 

Lori treler yang terbalik di atas jalan raya dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Lori treler yang terbalik di atas jalan raya dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

SANDAKAN: Kemalangan melibatkan dua buah lori treler di Batu 21, Jalan Labuk di sini pada Khamis telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata, kejadian jam 1.15 petang itu berlaku apabila sebuah lori treler dalam perjalanan dari Batu 32 menuju ke Bandar Sandakan telah hilang kawalan dan terbabas lalu terpusing beberapa kali sebelum melanggar sebuah lori treler lain dari arah bertentangan.

Perlanggaran itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk berikutan lori berkenaan terbalik di atas jalan raya dan mengambil masa untuk dialihkan.

Kemalangan itu hanya melibatkan kerosakan kenderaan sahaja dan akan disiasat di bawah Seksyen Rule 10 LN 166/59.-AA/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan