Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua terbunuh taufan landa Filipina

11:20am 17/10/2016 Pak Roshan 13 views Global
SEORANG penduduk mengutip barangan yang boleh dikitar semula di pantai di Teluk Manila selepas Taufan Sarika membadai tengah dan utara Filipina, semalam. - Reuters

SEORANG penduduk mengutip barangan yang boleh dikitar semula di pantai di Teluk Manila selepas Taufan Sarika membadai tengah dan utara Filipina, semalam. – Reuters

Manila: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila taufan melanda timur laut Filipina semalam.

Taufan Sarika atau dikenali penduduk tempatan sebagai Karen membadai wilayah Aurora awal semalam, membawa angin kencang selaju 130 kilometer sejam dan hujan lebat, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan beberapa kawasan terputus hubungan akibat banjir dan pokok tumbang.

Setiausaha Kebajikan, Judy Taguiwalo berkata, hampir 15,000 penduduk kampung terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan berlindung di lebih 100 tempat perlindungan sementara.

Neliatnto Bihasa, Datuk Bandar Baler, kawasan luncur popular di Aurora berkata, angin kencang yang dibawa Sarika menerbangkan banyak bumbung rumah.

Menurutnya, penduduk kampung di kawasan pantai sudah diberi amaran lebih awal supaya berpindah ke tempat selamat.

Selain dua kematian itu, tidak ada laporan mengenai kecederaan lain.

Sementara itu, pegawai keselamatan tempatan, Gerry Beo berkata, tiga nelayan yang keluar menangkap ikan dilapor hilang selepas mereka tidak pulang.

Di wilayah Bataan, 50 pendaki terpaksa turun dari Gunung Tarak dalam cuaca ribut. Bagaimanapun, 36 dikatakan terperangkap, menurut polis dan bomba yang cuba menyelamatkan mereka.

Kejadian semalam turut memaksa 200 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan sementara ribuan penumpang terkandas di pelabuhan selepas feri antara pulau diarah tidak belayar.

Kira-kira 200 taufan dan ribut petir melanda Filipina setiap tahun, menambah beban di negara yang juga sering terancam dengan gempa bumi dan letupan gunung berapi.

Taufan terbaru, Sarika, dinamakan sempena nama burung yang terdapat di Kemboja. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan