Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua tentera terbabit kemalangan

Keadaan kenderaan yang dinaiki dua anggota tentera terbabas lalu terbalik dalam kejadian itu. - foto Djoha
Beginilah keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua anggota tentera yang terbabit dalam kemalangan jalan raya Keningau-Sapulut. – foto ihsan PDRM

KENINGAU – Dua pegawai tentera cedera ringan apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Batu 58 Jalan Keningau-Sapulut, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Douglas Taong berkata, dalam kejadian itu, kenderaan jenis Isuzu DMax yang membawa mereka bersama tiga lagi penumpang, dipercayai terbabas lalu terbalik di jalan raya di kawasan tersebut, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, kedua-dua pegawai yang berpangkat kapten berumur 31 tahun itu duduk di hadapan manakala sarjan berumur 35 tahun, duduk di bahagian belakang mendapat cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Keningau.

“Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari. Pengadu yang memandu kenderaan ATM itu memandu kenderaan tersebut dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu melalui jalan Kalabakan-Sapulut.

“Dan, ketika tiba di tempat kejadian, semasa melalui kawasan selekoh sedikit menurun bukit, cuaca hujan dan jalan licin, kenderaan yang dipandu oleh pengadu hilang kawalan dan terlanggar tebing bukit sebelah kanan jalan lalu terbaik di atas jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Douglas memberitahu kemalangan itu melibatkan tiga pegawai berpangkat Kapten, Leftenan Muda, Sarjan dan dua anggota termasuk pengadu sebagai pemandu kenderaan.

Katanya, akibat kemalangan tersebut dua penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Keningau manakala yang lain tidak cedera dan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Djoha/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan