Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua tebusan berjaya perdaya Abu Sayyaf

10:48pm 18/08/2016 Pak Roshan 5993 views Global
WESTMINCOM menunjukkan Ismail (gambar kanan) memberi keterangan kepada tentera Filipina di Mindanao, hari ini manakala gambar kiri, Mohammad Safyan yang ditemui semalam. - Foto AP/REUTERS

WESTMINCOM menunjukkan Ismail (gambar kanan) memberi keterangan kepada tentera Filipina di Mindanao, hari ini manakala gambar kiri, Mohammad Safyan yang ditemui semalam. – Foto AP/REUTERS

Manila: Bukan seorang, rupanya dua tebusan Indonesia berjaya melepaskan diri daripada tahanan Abu Sayyaf semalam, dengan seorang, Mohammad Safyan, ditemui penduduk dalam hutan bakau di tepi pantai semalam, manakala seorang lagi, Ismail, ditemui tentera Filipina hari ini.

Ismail, ketua kumpulan tujuh kelasi bot tunda yang diculik Abu Sayyaf dua bulan lalu, ditemui tentera di tepi jalan dekat pekan Luuk, Pulau Jolo, hai ini.

Jurucakap tentera Filipina, Mejar Filemon Tan, berkata anggota tentera melakukan rondaan di kawasan itu selepas Mohammad Safyan memberitahu Ismail turut melarikan diri bersamanya,” katanya.

Menurutnya, mereka melarikan diri bersama-sama malam kelmarin, selepas diancam dipenggal oleh Abu Sayyaf sebelum berpecah kerana diburu anggota kumpulan militan itu.

“Anggota Abu Sayyaf melepaskan tembakan ketika mengejar mereka namun tidak mengenai sasaran,” katanya.

Mohammad Safyan kemudian terjun ke dalam laut dan berenang selama beberapa jam sebelum tersangkut dalam pukat di tepi pantai sebuah kampung di Luuk,” katanya.

Abu Sayyaf masih menahan 16 lagi tebusan asing, termasuk sembilan rakyat Indonesia dan lima rakyat Malaysia untuk menuntut wang tebusan. Seramai 10 tebusan sudah dibebaskan selepas wang tebusan dibayar dan setakat ini, sudah 24 rakyat Indonesia diculik kumpulan itu.

Filipina atas arahan Presiden meningkatkan operasi ketenteraan bagi menghapuskan sepenuhnya Abu Sayyaf yang memenggal dua tebusan Kanada beberapa bulan lalu. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan