Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua srikandi APM tenang tangkap ular

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud, berjaya menangkap seekor ular sawa batik berukuran hampir 4 meter panjang di Kampung Kulambai, kota Belud. – Foto ihsan APM

 

KOTA BELUD: Hanya 10 minit, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud termasuk dua wanita, menangkap seekor ular sawa batik hampir empat meter panjang di Kampung Kulambai, di sini, pagi tadi.

Reptilia itu ditangkap oleh Rospianah Laduh, 30, Mahilin Salim, 36 dan Nuel Sidam, 40, sebaik menerima panggilan pada jam 6.28 pagi. 

Berdasarkan rakaman video berdurasi 54 saat dari APM, ketiga-tiga anggota terbabit termasuk dua wanita berjaya menangkap reptilia berkenaan tanpa banyak masalah.

Pegawai APM Kota Belud, Paulina Francis, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk mengenai kehadiran seekor ular di dalam reban ayam miliknya.

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud, berjaya menangkap seekor ular sawa batik berukuran hampir 4 meter panjang di Kampung Kulambai, kota Belud. – Foto ihsan APM

 

“Setiba di lokasi, anggota APM Kota Belud mendapati seekor ular sawa berada di dalam reban ayam di pekarangan rumah pengadu.

“Tiga anggota APM Kota Belud mengambil masa 10 minit untuk menangkap ular berkenaan menggunakan kelengkapan khas menangkap ular,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, ular seberat hampir 10 kilogram dibawa ke pejabat APM Kota Belud untuk tindakan lanjut. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan