Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA SENATOR BARU DARI SABAH

KOTA KINABALU: Dua senator baru dari Sabah mewakili Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP Sabah akan mengangkat sumpah di Dewan Negara, Isnin minggu depan.

Adrian Banie Lasimbang. Gambar SNT/Ehsan FB

Pengerusi Biro Pendidikan DAP Sabah, Adrian Banie Lasimbang dan peguam kanan dari Warisan, Datuk Douglas Lind merupakan antara 12 senator baru yang dilantik bagi penggal baharu ini.

Perlantikan baru ini menjadikan anggota Dewan Negara bertambah menjadi 67 senator dengan tiga lagi kerusi masih kosong.

Datuk Douglas Lind. Gambar Fail SNT

Seorang senator berkhidmat untuk tiga tahun bagi satu penggal dan boleh dilanjutkan untuk satu penggal lagi.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan