Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Sahabat Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dua Laras Senapang Buatan Sendiri

senapangg

KUALA LUMPUR:  Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dua laras senapang buatan sendiri.

Razak Baharudin, 40 dan Shahrudin Kanli, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di No 9-2 Jalan 2/114A Taman Indrahan, Jalan Kuchai Lama di sini pada 12.30 tengah hari 5 Julai lalu, mengikut Seksyen 32 (2) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi sebelum itu tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius.

Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin atas alasan mereka berdua perlu menyara keluarga.

“Razak bekerja sebagai penghantar surat dan menyara isteri serta dua anak manakala Shahrudin yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan juga menyara isteri dan dua orang anak selain seorang kakak yang merupakan orang kelainan upaya serta ibu yang menghidap angin ahmar di Perak,” katanya.

Mahkamah menetapkan 6 ogos depan sebagai tarikh sebutan.

Komen


Berita Berkaitan