Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA RUMAH TERES MUSNAH DIJILAT API DI PAPAR

Api marak sewaktu kejadian kebakaran yang melibatkan empat buah rumah di Taman Perumahan Pengalat Besar, Papar. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

PAPAR: Dua buah rumah teres musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Perumahan Pengalat Besar di sini hari ini.

Manakala dua buah lagi rumah teres berhampiran turut mengalami kerosakan dalam kejadian pagi tadi itu.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Janil Jaya berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 10:30 pagi.

Anggota bomba memadamkan api kebakaran yang melibatkan empat buah rumah di Taman Perumahan Pengalat Besar, Papar. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

“BBP Papar menggegaskan 10 orang anggota bomba ke lokasi seterusnya melakukan operasi pemadaman,” katanya, sambil menambah mereka turut dibantu oleh BBP Kimanis dengan kekuatan sembilan anggota bomba.

“Kebakaran melibatkan empat buah rumah dua tingkat jenis kekal berukuran 14X60 kaki setiap satu yang mana dua buah rumah terbakar 100 peratus manakala selebihnya terbakar masing-masing 30 peratus dan 20 peratus musnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota bomba memadamkan api kebakaran yang melibatkan empat buah rumah di Taman Perumahan Pengalat Besar, Papar. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

Jelasnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10:57 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 12:18 tengah hari.

Tambahnya, dalam kejadian berkenaan tiada mangsa cedera atau meninggal dilaporkan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan