Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua remaja dicekup polis

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KENINGAU – Dua remaja dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel di sini awal pagi semalam, kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, suspek terdiri daripada seorang lelaki warga asing dan wanita tempatan ditahan kira-kira pukul 4 pagi dan hasil pemeriksaan polis menemui 27 paket plastik pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu seberat 5.50 gram.

Menurutnya, hasil ujian air kencing kedua-dua suspek itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Jelas Douglas, kedua-dua saspek itu kini ditahan reman polis untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1)(r) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan