Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua rakyat China dihukum mati

9:18am 24/09/2016 Pak Roshan 15 views Global
FUZAHANG (kiri) dan Hezhang.

FUZAHANG (kiri) dan Hezhang.

Jakarta: Dua warga China dihukum mati oleh sebuah mahkamah Daerah Jakarta Barat semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki 18 kilogram dadah jenis methamphetamin.

Li Fuzahang dan Li Hezhang, kedua-duanya 30 tahun, ditangkap Disember lalu di tempat mereka bekerja di Tambora. Dadah berkenaan ditemui di dalam empat tiub besi.

Peguam mereka, Dolfie Rompas memberitahu mahkamah, anak guamnya tidak tahu dadah itu berada di premis berkenaan memandangkan mereka baru sahaja tiba di Indonesia apabila ia ditemui.

Ketika menjatuhi hukuman ke atas mereka, ketua hakim, Mohcamad Taufik Tatas berkata, tidak ada keraguan menunjukkan mereka tidak tahu mengenai dadah itu.

Sejak menjadi presiden pada 2014, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyambung semula hukuman gantung terhadap pesalah dadah atas alasan Indonesia berdepan dengan masalah ketagihan bahan itu.

Pelaksanaan hukuman mati di Indonesia mencetuskan kemarahan antarabangsa dan merenggangkan hubungan diplomatik dengan Australia apabila dua warga negara itu menjalani hukuman berkenaan pada 2015. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan