Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Puluh Kenderaan Jenazah Melintas Lalu Di Hadapan Yang Di-pertuan Agong

kenderaaz jenazah

KUALA LUMPUR– Dua puluh kenderaan yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 melintas lalu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, sejurus selepas negara bertafakur seminit pada pukul 10.54 pagi untuk menghormati kumpulan pertama jenazah warga Malaysia yang dibawa pulang hari ini.

Kenderaan jenazah membawa haluan berasingan dengan 13 daripadanya menuju ke beberapa tanah perkuburan mengikut permintaan waris dan keluarga mangsa.

Pesawat angkatan tentera C130 menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, sementara helikopter EC724 menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor.

Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 itu mendarat di KLIA pada pukul 9.54 pagi ini selepas 12 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam.

Sejumlah 43 warga Malaysia terbunuh apabila MH17 ditembak jatuh di timur Ukaine pada 17 Julai.

Sebelum itu jenazah 20 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam tragedi MH17 dibawa keluar dari pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pagi ini sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Amsterdam, Belanda.

Diselimuti Jalur Gemilang, dua keranda pertama yang dipindahkan dari pesawat itu mengandungi jenazah dua anak kapal Penerbangan MH17 – pramugari Mastura Mustafa dan pegawai pertama Ahmad Hakimi Hanapi.

Anggota keluarga mangsa kelihatan mengalirkan air mata ketika lebih banyak keranda dibawa keluar dari pesawat khas itu.

Mayat mereka dibawa pulang ke tanah air di dalam 17 keranda dan tiga bekas abu mayat, setiap satu dibawa dengan penuh hormat oleh lapan pengusung jenazah daripada angkatan tentera untuk diletakkan di dalam kenderaan jenazah yang sedia menunggu.

Tafakur selama seminit diadakan sebagai tanda menghormati mangsa sebelum kenderaan jenazah meninggalkan kompleks itu untuk menuju ke kampung halaman mangsa atau ke tempat pengurusan jenazah dan seterusnya dibawa ke tanah perkuburan.

Jenazah berkenaan merupakan kumpulan pertama daripada 43 rakyat Malaysia yang maut dalam tragedi tersebut, yang dibawa pulang dari Amsterdam ke tanah air.

Pesawat MAS Penerbangan MH17 bersama 298 orang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

Komen


Berita Berkaitan