Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua produk makanan UMS, Adabi kini di pasaran

 

Mohd. Harun (kiri) mewakili UMS dan Adrian Yeoh pula wakil Adabi menandatangani MoU dalam majlis itu. - foto ihsan UMS
Mohd. Harun (dua kiri) mewakili UMS dan Adrian Yeoh (dua dari kanan) pula wakil Adabi menandatangani MoU dalam majlis itu. – foto ihsan UMS

KOTA KINABALU – Dua produk makanan keluaran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan syarikat pengeluar makanan terkemuka, Adabi, iaitu Kuah Kacang Bersama Daging dan Kuah Kacang Bersama Ayam, kini berada di pasaran seluruh negara sejak Ogos tahun lalu.

Berdasarkan kerjasama kedua pihak itu, produk dalam tin yang dihasilkan tersebut mempunyai logo UMS dan tagline ‘Hasil Kerjasama Bersama Universiti Malaysia Sabah’, mula mendapat sambutan menggalakkan orang ramai.

Sehubungan itu, UMS dan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. meneruskan kerjasama bagi tempoh lima tahun lagi dalam satu perjanjian persefahaman (MoU) yang dimetrai untuk tujuan pembangunan produk makanan baharu.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, UMS melalui Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) akan meneruskan kerjasama dengan Adabi lanjutan daripada Surat Niat yang ditandatangani pada 14 Disember 2012.

Menurut Harun, kursus tersebut disertai penuntut Tahun Empat Program Teknologi Makanan dan Bioproses di FSMP dan diharapkan dengan ilmu pengetahuan yang diperoleh itu nanti membolehkan mereka membangunkan produk makanan baharu berasaskan sumber tempatan yang belum ada di pasaran.

“Menerusi perjanjian yang dimetrai pada 2012 itu, Adabi telah menaja Kursus Perkembangan Hasil Makanan sehingga sekarang,” katanya ketika berucap dalam majlis Menandatangani  MoU di antara UMS dan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. di sini semalam. Dalam majlis itu, Mohd. Harun mewakili UMS manakala Adabi diwakili Adrian.

Mohd. Harun (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman bersama Adrian dalam majlis itu. - foto ihsan UMS
Mohd. Harun (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman bersama Adrian dalam majlis itu. – foto ihsan UMS

Dua produk makanan dalam tin, Kuah Kacang Bersama Daging dan Kuah Kacang Bersama Ayam dilancarkan di FSMP, UMS pada 29 Ogos tahun lalu dan telah berada dalam pasaran seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, antara aktiviti kerjasama dalam MoU itu termasuklah program penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, program latihan industri bagi pelajar FSMP dan kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Presiden Adabi, Adrian Yeoh Roslan berkata, perjanjian persefahaman itu adalah landasan bagi menjana modal insan yang mampu bersaing dalam pasaran kerjaya kompetitif.

“Adabi merasakan hal ini perlu dinilai bukan dari sudut perniagaan semata-mata malah sebagai satu tanggungjawab sosial syarikat dalam berkongsi ilmu khusus dalam bidang penyediaan makanan halal, berkualiti dan juga produk yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna,” jelasnya. – SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan