Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua Premis Perniagaan Disyaki Lakukan Penyambungan Elektrik Haram Di Kota Kinabalu

7:08pm 20/04/2016 Pak Roshan 440 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Tenaga (ST) mengesyaki dua premis perniagaan di sini melakukan penyambungan elektrik secara haram hasil serbuan ke atas kedua-kedua premis berkenaan hari ini.

Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk berkata kedua-dua premis tersebut diserbu setelah disyaki terlibat dalam kegiatan mengusik pepasangan atau meter elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Satu daripada premis tersebut merupakan premis penyimpanan dingin beku dan satu lagi premis ruang pejabat dan stor.

“Kita dapati hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, ada tiga sambungan dan dua daripadanya merupakan sambungan haram yang tidak melalui meter,” katanya kepada pemberita ketika melakukan operasi di kawasan perindustrian di Jalan Bundusan hari ini.

Iffah Hannah berkata operasi pada hari ini dan semalam merupakan yang pertama kali dilakukan pada tahun ini dan pihaknya akan terus menjalankan operasi serupa dengan lebih giat bagi membanteras aktiviti kecurian elektrik di Sabah.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan pihak SESB dan Polis Bantuan SESB, pihaknya berjaya menyerbu lapan premis sejak semalam hingga ke hari ini bagi mengesan aktiviti penyambungan elektrik secara haram.

Iffah Hannah berkata mereka yang disyaki akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 37(3) atau Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015 kerana mencuri elektrik dan merosakkan meter elektrik.

“Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, mereka boleh dikenakan denda minimum RM100,000 dan maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan